sekuntum mawar yang dahulunya berduri tetapi kini tidak lagi..ini semua disebabkan oleh gelora dan rintangan si kemudi bahtera...mungkinkah itu semua takdir atau suatu jalan cerita yang di gubah oleh si ranting berduri...?..tiada kumbang yang tidak menyukai sekuntum mawar yang indah..tiada romeo yang tidak mendapatkan sekuntum mawar untuk kekasih hatinya...apabila mawar sudah kehilangan duri maka dedaunan akan cuba untuk menonjolkan dirinya dicelah celah kelopak si mawar...sedaya upaya untuk menyerlahkan lagi kehijauan daunya...dan mawar tetap dengan indah menwanginya...
dan untuk menemani kesepian si mawar cuba untuk menghayunkan setiap kelopaknya apabila ditiup oleh sang bayu....mungkin juga hanya sang bayu yang mengerti akan kesepian si mawar dan menjadi sahabat ketika di dalam kesepian...tetapi sang bayu tidak selalunya membawa apa yang diharapkan oleh si mawar..apabila embun menitis..maka kembalilah si mawar dengan kedinginan pagi...dedaun hijau sahaja yang dapat menemani dan menyelimuti kelopak si mawar...dedaun hijau atau sang bayu...?..mana satu untuk dibuat pilihan..?..hanya si mawar yang dapat membuat segala kata putus.." TUAN punya BADAN.."...walaupun dedaun menghijau dapat menemani sepanjang masa..tetapi sang bayu tetap meniup untuk memberi lambaian kelopak keindahan kepada si mawar..hanya itu yang mampu sang bayu lakukan dan sang bayu tidak pernah kenal jemu untuk mengamit QASEH INDAH dari si kuntum mawar...
kisah sekuntum mawar mungkin pernah berlaku kepada kita..cuma cara penyampainya agak berbeza beza..dan aku tak tahu kenapa mawar menjadi sebagai pilihan oleh golongan yang berkasih...kenapa tak bunga tahi ayam atau bunga kertas...?..jawapanya dah tentu tak seindah mawar...kerana bunga tahi ayam tidah mengeluarkan aroma yang indah begitu juga dengan bunga kertas..ia tidak menyebarkan haruman syahdu...ini semua andaian dari aku saja..
kisah ajib dan laila....
bermula dari sahabat karib..hubungan ini terus dibawa sampai sekarang..laila ini kepunyaan orang ketika awal pengenalan sehingga lah disuatu ketika ia telah terlerai dipukul badai...lalu laila kembali kesorangan.. perpisahan laila pun bukan angkara ajib..ajib tidak kena menggena dalam hal tersebut...walaupun suatu ketika kekasih hati laila mengetahui yang laila bersahabat baik dengan ajib...ada juga sekali dua ajib keluar bersama laila dan kekasih hati laila pergi mengalas perut bersama...dan gelora kasih laila mula menunjukan retak menanti belah...lalu ajib membuat berbagai cara untuk menjauhkan diri dari laila..itu semua kerana ajib takut semua itu terjadi oleh kerana ikatan akrab yang ada diantara laila dan ajib....
rupa-rupanya sangkaan ajib tersasar jauh...laila cuba menjelaskan semunya kepada ajib..tetapi ajib tetap dengan egonya yang begitu kuat..ajib tak pernah endah apa yang laila terangkan...bagi ajib itu semua helah laila untuk tidak menerangkan perkara yang sebenarnya..sehinggalah semua itu terungkai apabila ajib bertemu sahabat laila..rasa bersalah terus menghantui hati ajib kerana membiarkan laila keseorangan menghadapi semua itu..sepatutnya ajib harus ada bersama laila ketika kesedihan melanda..paling tidak ada juga yang dapat mendengar rintihan hati laila...mungkin dapat laila kurangkan hiba didalam hati kalau ajib ada bersama ketika itu...kerana ajib adalah sahabat dan pendengar yang terbaik untuk laila....laila bergitu kecewa dengan sikap ajib...mungkin bagi laila ajib seorang yang begitu kejam..ego..untuk menghilangkan rasa kecewa dengan sikap ajib dan kekasih hati laila...lalu laila pun menyebokkan diri dengan kerja serta meluahkan rasa hatinya dihalaman alam maya...itu saja yang dapat dilakukan ketika itu...sehinggalah laila bertemu seorang pendengar yang baik mengantikan tempat ajib untuk laila menceritakan apa saja yang terbuku dihati untuk diluahkan...dan laila terus bertemu seorang lagi ARJUNA yang dapat menghilangkan rasa bosan yang meronta ronta didalam diri...si arjuna ini yang selalu membawa kemana mana sahaja tempat yang laila ini kunjungi...mungkin terubat sedikit lara dihati laila..mungkin kerana takdir laila bertemu kembali dengan ajib...walaupun ajib tidak seperti dulu lagi..tetapi ajib tak pernah melupakan sahabat karibnya itu...niat ajib hanya ingin menyelamatkan hubungan laila supaya jangan sampai terlerai pada ketika dulu..itu sebabnya kenapa ajib membuat berbagai bagi cara supaya laila dapat melupakan ajib...tetapi itu semua dah ditakdirkan....ajib cuma tak mahu timbul pandangan serong dari orang lain yang mengatakan perpisahan laila disebabkan oleh ajib itu saja.....tetapi sekarang ajib tak perlu ambil pusing dengan cakap2 orang disekeliling...kerana laila kini dah BEBAS dari sebarang ikatan...
tersimpan rahsia didalam gengaman
cerita diantara dua hati..
tidak akan pernah hilang rasa ini...
biarlah ia menjadi tanda
tanda yang takkan pernah hilang buat selamanya...
agar seribu lara dapat dilupa...