macam-macam juga yang aku dengar hajat golongan ini..ada yang minta PELARIS untuk perniagaan..SUSUK untuk kecantikkan...dan ada juga SANTAU untuk mengenakan orang lain...TANGKAL dan AZIMAT..sihir PEMBENCI dan KASIH SAYANG..MINYAK DAGU..dan macam-macam lagi lah...
haruskah kita mempercayai dukun..bomoh serta pawang ini semua..?..dimana letaknya kekuatan iman seseorang itu..?..dimanakah letaknya peganggan kita pada yang SATU...?..tak dinafikan perbuatan sihir ini memang wujud dari zaman nabi-nabi kita lagi...persoalannya disini haruskah kita menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada golongan ahli sihir ini...?..
kesemua ilmu ahli sihir..(bomoh..dukun..pawang)..diperolehi dari warisan nenek moyang atau dipelajari dari guru-guru sihir..dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkan peranan paling besar...
pernah suatu ketika dulu anak buah aku asyik menangis waktu malam..abg dengan akak aku bawak berjumpa dengan tok bomoh dikawasan perumahan mereka..(kota tinggi..johor)..sampai ja dirumah bomoh ni selepas dia telik..bomoh ni bagitau yang anak buah aku ni terkena SAKA dari keturunan kakak aku...kelam kabut dia telipon mak aku kat kampung..mak aku cakap jangan nak mengarut..keturunan kita mana ada SAKA apa semua tu...tak puas hati dengan penjelasan mak aku..dia bawak pulak pergi jumpa seorang ustaz..nasib akak aku memang baik..kali ni ustaz tu cakap kalau anak buah aku ni terkena makluk halus dah tentu meremang bulu roma..tapi takda apa-apa...ustaz ni cakap pergi bawak ke hospital saja...akak aku pun bawak pergi hospital..rupa-rupanya usus anak buah aku ni tersimpul...memang menagis la budak tu menahan sakit..habis duit 3 ribu untuk bayar kos pembedahan..hehehe...masa ni lah aku main peranan penting..."tu la dok percaya lagi kat bomoh..nasib baik tak mati budak tu.."..semoga cerita anak buah aku ni dapat menjadi iktibar untuk kita semua....apa-apa penyakit kita kena rujuk kepada klinik atau hospital dulu..itu lebih afdal...
sekarang dikawasan tempat tinggal aku pun sampai 3 orang bomoh dok ada...boleh kata orang kat sini cikit-cikit bomoh..apa nak jadi pun aku tak tau lah....
sakit sikit jumpa bomoh..ada yang sanggup tak makan ubat klinik dengan alasan takut ubat klinik bagi rosak buah piggang la apa lah...ni semua sebab hidup dah sebati dengan khidmat bomoh...bagi aku golongan ni memang cetik akal..ayat yang selalu dorang pakai jumpa ustaz...ustaz celah mana aku pun taktau...siap pakai kemenyan bagai..ustaz apa macam tu...?..sakit badan seram sejuk pergi jumpa bomoh suruh pergi hospital tak nak..ganguan makluk halus tak boleh pergi hospital takda ubat...tu ja alasan yang golongan ni bagi..tu belum cerita tentang saka...pukul isteri..hamun sesuka hati..minum arak...kaki pompuan..bila tanya macamana boleh jadi sampai macam tu sekali..?..alasan tak sedar masa buat itu semua...tu semua kerja SAKA..boleh pakai ka alasan macam tu...?..yang jahat semua letak atas kepala jin...dia punya jahat tak nampak..teruk memang teruk..orang macam ni mau acident patah kaki ja..tengok dia nak pegi hospital atau nak pegi jumpa bomoh...kalau jumpa bomoh jugak mau simen rumah tu yang balut kat kaki dia tak pun balut dgn daun gelengang..hahahaha..bila kaki tu dah semakin mengecut haaa apalagi hantu raya pulak yang dok isap darah sebab tu kaki mengecut..
diantara ayat-ayat yang boleh diamal untuk elak dari ganguan jin...:
1.)surah al-baqarah ayat 1-6
2.)surah al-baqarah ayat 255-257
3.)surah al-baqarah ayat 284-286
aku dapat sumber ni dari cara-cara menghindari diri dari ganguan makluk halus...aku pun tak pandai sangat bab-bab ni...jadi aku rujuk saja dari sumber-sumber yang boleh dipercayai...
No comments:
Post a Comment