iklan

Wednesday, October 12, 2011

bomoh..dukun..pawang..atau doctor

salam untuk semua...kali ni aku nak bercerita mengenai prihal sesetengah masyarakat disekeliling kita..masih ramai dikalangan kita yang mempercayai kuasa-kuasa ghaib..(alam ghaib sememangnya wujud)..dalam masyarakat melayu kita memang terkenal dengan ilmu sihir..tak kira dikawasan kampung atau bandar..ilmu sihir ni selalu dikaitkan dengan BOMOH..DUKUN atau PAWANG..anak menangis waktu malam..badan mengigil..tidur tak lena..demam berpanjangan kebanyakkan golongan ini akan menemui pawang...sebab kepercayaan nenek moyang masih menebal dalam diri...ada yang berniat untuk berubat dan ada yang datang untuk membuat hajat..

macam-macam juga yang aku dengar hajat golongan ini..ada yang minta PELARIS untuk perniagaan..SUSUK untuk kecantikkan...dan ada juga SANTAU untuk mengenakan orang lain...TANGKAL dan AZIMAT..sihir PEMBENCI dan KASIH SAYANG..MINYAK DAGU..dan macam-macam lagi lah...
haruskah kita mempercayai dukun..bomoh serta pawang ini semua..?..dimana letaknya kekuatan iman seseorang itu..?..dimanakah letaknya peganggan kita pada yang SATU...?..tak dinafikan perbuatan sihir ini memang wujud dari zaman nabi-nabi kita lagi...persoalannya disini haruskah kita menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada golongan ahli sihir ini...?..
kesemua ilmu ahli sihir..(bomoh..dukun..pawang)..diperolehi dari warisan nenek moyang atau dipelajari dari guru-guru sihir..dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkan peranan paling besar...
pernah suatu ketika dulu anak buah aku asyik menangis waktu malam..abg dengan akak aku bawak berjumpa dengan tok bomoh dikawasan perumahan mereka..(kota tinggi..johor)..sampai ja dirumah bomoh ni selepas dia telik..bomoh ni bagitau yang anak buah aku ni terkena SAKA dari keturunan kakak aku...kelam kabut dia telipon mak aku kat kampung..mak aku cakap jangan nak mengarut..keturunan kita mana ada SAKA apa semua tu...tak puas hati dengan penjelasan mak aku..dia bawak pulak pergi jumpa seorang ustaz..nasib akak aku memang baik..kali ni ustaz tu cakap kalau anak buah aku ni terkena makluk halus dah tentu meremang bulu roma..tapi takda apa-apa...ustaz ni cakap pergi bawak ke hospital saja...akak aku pun bawak pergi hospital..rupa-rupanya usus anak buah aku ni tersimpul...memang menagis la budak tu menahan sakit..habis duit 3 ribu untuk bayar kos pembedahan..hehehe...masa ni lah aku main peranan penting..."tu la dok percaya lagi kat bomoh..nasib baik tak mati budak tu.."..semoga cerita anak buah aku ni dapat menjadi iktibar untuk kita semua....apa-apa penyakit kita kena rujuk kepada klinik atau hospital dulu..itu lebih afdal...
sekarang dikawasan tempat tinggal aku pun sampai 3 orang bomoh dok ada...boleh kata orang kat sini cikit-cikit bomoh..apa nak jadi pun aku tak tau lah....
 
sakit sikit jumpa bomoh..ada yang sanggup tak makan ubat klinik dengan alasan takut ubat klinik bagi rosak buah piggang la apa lah...ni semua sebab hidup dah sebati dengan khidmat bomoh...bagi aku golongan ni memang cetik akal..ayat yang selalu dorang pakai jumpa ustaz...ustaz celah mana aku pun taktau...siap pakai kemenyan bagai..ustaz apa macam tu...?..sakit badan seram sejuk pergi jumpa bomoh suruh pergi hospital tak nak..ganguan makluk halus tak boleh pergi hospital takda ubat...tu ja alasan yang golongan ni bagi..tu belum cerita tentang saka...pukul isteri..hamun sesuka hati..minum arak...kaki pompuan..bila tanya macamana boleh jadi sampai macam tu sekali..?..alasan tak sedar masa buat itu semua...tu semua kerja SAKA..boleh pakai ka alasan macam tu...?..yang jahat semua letak atas kepala jin...dia punya jahat tak nampak..teruk memang teruk..orang macam ni mau acident patah kaki ja..tengok dia nak pegi hospital atau nak pegi jumpa bomoh...kalau jumpa bomoh jugak mau simen rumah tu yang balut kat kaki dia tak pun balut dgn daun gelengang..hahahaha..bila kaki tu dah semakin mengecut haaa apalagi hantu raya pulak yang dok isap darah sebab tu kaki mengecut..

diantara ayat-ayat yang boleh diamal untuk elak dari ganguan jin...:
1.)surah al-baqarah ayat 1-6
2.)surah al-baqarah ayat 255-257
3.)surah al-baqarah ayat 284-286

aku dapat sumber ni dari cara-cara menghindari diri dari ganguan makluk halus...aku pun tak pandai sangat bab-bab ni...jadi aku rujuk saja dari sumber-sumber yang boleh dipercayai...

Tuesday, October 11, 2011

bila dah bagi muka...kepala kita dia nak pijak...

salam untuk semua...agak lama aku tak post sebarang cerita kat blog jalur pelangi ni...aku agak sebuk dgn hal-hal lain...
kali ni aku nak bercerita tentang manusia yang tak pandai nak menghormati manusia lain....bila kita dah buat baik..dia cuba nak RODOK kita dari belakang...manusia macam ni tak patut kita nak buat baik apatah lagi nak buat kawan...cuba la jauhi manusia yang macam ni kalau kita dah tahu niat disebalik kebaikan yang cuba dia tonjolkan...hmmmm...

ni semua atas pengalaman aku...baru2 ni ada lah sikit cerita salah faham antara dia dan kawan dia...kira aku ni dia cuba untuk dijadikan KAMBING HITAM...mentang2 kulit aku gelap ko berani cuba nak ikat aku...hahahahah...tak dapat DOL...aku dah dapat bau segala niat BUSUK mcm BANGKAI ko tu...
                                                          kambing hitam

Aku memang dari dulu tak suka mamat ni..dia ni lebih kearah benda2 TAHYUL sebab tu aku kurang dengan dia...pernah suatu ketika dulu dia offer aku batu cincin konon2 boleh JAGA aku...kira macam BATU HIKMAT la konon2nya...hahahahah...p mampuih la ingat aku jahil macam ko ka...?..

tapi sekarag dah timbul cerita baru..dia cuba nak buat baik dengan aku...pada mulanya memang aku tak mau layan langsung tapi memandangkan kawan yang sorang lagi ni dah tak tau macamana nak settle dengan mamat ni jadi dia minta la tolong aku tuk bercerita dgn SAMDOL ni...aku suruh kawan aku yg sorang ni bagi ja nombor phone aku kat dia biar dia call aku kalau nak cakap dgn aku...masa dorang ni bergaduh bukan main hebat hujah2 dia aku dengar cerita...cakap macam bertih jagung...hehehe...bila timbul nama aku siap ckap nak rodok aku bagai....sembang bagi org bimbang...cerita bagi org leka...cheitttt..SEDANGKAN GAJAH BERKAKI 4 KADANG TERSANDUNG JATUH TELIPAT..INI KAN PULA MANUSIA...
tak sampai sejam dia kol aku..cerita macam2 la sampai aku dah malas nak layan...last sekali aku mintak ja dia jumpa aku kat kedai mamak...sambil cerita boleh jgk aku teguk kopi ais....sampai malam time nak jumpa..dia boleh cakap malas kat kedai mamak..kita jumpa kat old town cafe ja..huiii..aku ikut ja kehendak dia dah malas nak cakap byk..hati dah menyirap sebenarnya sbb dia ckap nak rodok aku...bila dah jumpa apalagi..aku tanya la dia.."aii..dengar malam tu bkn main lgi...ckap sampai nak rodok aku.."..dia jawab "tak da la sampai nak rodok betul2..aku tgh marah masa tu..."..aku cakap aku tak takut..kalau aku takut aku tak dtg jumpa ko..dia diam ja...bila cara kekerasan dia tak dapat MAKAN sekarang dia cuba dengan cara kata2 pulak...dia cuba nak laga aku dgn kawan aku yang lagi sorang ni...dgn harapan aku berpihak kpd dia...tak dapat...tu semua buang masa ja pcaya cakap org yang mcm ni...sampai la sekarang tak settle2...dah 5-6 hari dah dia tak call aku..last aku ckap pandai2 la ko nak settle..aku dah malas nak layan..hahahaha...kalau aku ikutkn hati nak ja aku pijak dia ni cukup2...bila pikir panjang aku tak jd teruskn niat SUCI aku tu..khkhkhkhk...nanti bertambah susah...panjang cerita lagi...aku ambik jln mudah tak payah dok melayan kerenah org yg ada krisis identity mcm ni...tak ubah mcm gollum dlm cerita lord of the ring...
                                                              GOLLUM
bagi aku kita tak payah la nak kan sesuatu sampai sanggup gadaikn maruh sendiri atau maruah orang lain...jangan nak paksa orang untuk sukakn kita...tu semua tak kemana pun...sampai sanggup buat cerita yang bukan2..itu semua hanya bersifat sementara...jadi..?..pikirlah yang terbaik untuk diri kita...jangan paksa orang tuk terima segala kesalahan yang telah kita buat...minta lah keampunan dari yang SATU..semoga tenang hati nurani...